Kuda Baroque
Kuda Baroque

Kuda Baroque

Istilah kuda baroque merujuk kepada sekumupulan baka kuda, biasanya merupakan keturunan dari dan masih mengekalkan ciri-ciri tertentu kuda yang menguasai Eropah semasa era Baroque, selepas pembiakan penting sepanjang Zaman Pertengahan.[1] Ia memperincikan satu jenis baka kuda yang lincah tetapi bertubuh tegap yang berasal dari baka kuda pada Zaman Pertengahan seperti destrier. Leluhur spesifik bagi jenis ini termasuk kuda Neapolitan, kuda Iberia dari keturunan Barb yang diketahui pada Zaman Pertengahan seperti Jennet Sepanyol.[1] Ia boleh dikenali dengan ciric-ciri kaki belakang dan pinggang yang kuat, berbadan sasa, leher bergerbang, profil yang lurus atau sedikit cembung, dan biasanya ekor dan bulu leher yang penuh dan tebal. Kuda-kuda jenis ini biasanya sesuai untuk disiplin haute ecole dalam dressage klasik.[2]Baka-baka moden yang dianggap termasuk di dalam jenis baroque termasuk:[3]